Uncategorized

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM 600

 

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) RM 600

Kepada ibu bapa yang memiliki anak yang bersekolah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, anak anda berpeluang untuk memohon dan menerima Biasiswa Sekolah Menengah sebanyak RM 600 setahun yang diberikan oleh Yayasan Pahang bermula 1 Mac hingga 30 April 2021.

Syarat Kelayakan BSM RM 600

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :
  • Ibu atau bapa ialah warganegara Malaysia
  • Pemohon/ibu/bapa haruslah lahir di negeri Pahang.
  • Sekiranya pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Pahang, haruslah telah bermastautin minimum lebih dari 10 tahun.
  • Mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai latar belakang keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan kebajikan atau ibu bapa/penjaga uzur, cacat atau anak yatim atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  • Untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja.
Cara Membuat Permohonan 

ajaan).


Berikut ialah panduan untuk membubat permohonan
  1. Permohonan perlu dilakukan secara manual tanpa online. Borang permohonan BSM boleh didapati terus melalui sekolah dan pejabat ADUN bermula 3 Mac.
  2. Isi segala butiran yang diperlukan secara sahih dalam borang tersebut.
  3. Hantarkan borang yang lengkap diisi ke pejabat sekolah masing-masing.
Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button