BantuanBantuan JKMUncategorized

PERMOHONAN BANTUAN RM500 JKM

Bantuan sebanyak RM500 sebulan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan menerimanya.

Bantuan ini sentiasa terbuka untuk rakyat dan merupakan salah satu usaha kerajaan untuk  membantu rakyat di Malaysia bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna untuk mereka setiap bulan.

BANTUAN TUNAI RM500 JKM

JKM adalah singkatan bagi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan masyarakat.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah berbesar hati untuk menyalurkan bantuan kewangan bulanan untuk warga emas sebanyak 500 sebulan dari jkm.

Oleh itu sekiranya anda mengenali golongan tua yang menepati syarat kelayakan seperti dibawah, anda amatlah dipelawa untuk membantu mereka memohon bantuan ini.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS

Bantuan Warga emas ini terbuka kepada orang tua dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Warga emas tersebut tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
  • Berpendapatan tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita

TATACARA PERMOHON BANTUAN

Anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk memohon bantuan seperti berikut :

Membuat permohonan secara online –

  1. Layari laman web rasmi e-bantuan JKM https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Tekan butang Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Isi setiap butiran yang diperlukan
  4. Setelah selesai isi, klik butang Keputusan

Dalam tempoh 14 hari daripada permohonan online –

  1. Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
  2. Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.

Borang permohonan boleh anda download di portal rasmi Jkm atau anda boleh muat turun melalui pautan dibawah ini :

BORANG PERMOHONAN JKM 18 – https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf

DOKUMEN DIPERLUKAN

Anda perlu sertakan sekali dokumen yang berikut semasa menghadiri ke pejabat JKM.

  • Salinan MyKad pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendaftaran jika bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Bawa salah satu bil seperti bil elektrik, telefon yang menunjukkan alamat rumah
  • Mana-mana dokumen berkaitan yang perlu dibawa

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh melayari langsung ke laman web rasmi JKM sekiranya mempunyai kemusykilan berkaitan bantuan ini

https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button