BantuanSTR

Bantuan Tambahan STR RM600 Untuk Keluarga B40, Semak Disini

Ini adalah berita baik bagi keluarga B40 yang mana ada penambahan bantuan akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan.

Tarikh rasmi bayaran untuk STR fasa 2 telahpun dimaklumkan iaitu bermula pada 5 April 2023 Yang lalu dan sebahagian rakyat yang layak telah menerima duit bantuan mereka.

Jumlah Bayaran STR Bagi Isi Rumah Mengikut Kategori

Tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500
  • Bantuan berjumlah sehingga RM2,500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600.

Bantuan Tambahan RM600

Untuk pengetahuan anda, sumbangan tambahan RM600 ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Syarat Kelayakan Penerima BAntuan Tambahan RM600

Sumbangan Tambahan berjumlah RM600 ini akan diberikan kepada kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button