BANTUAN KEWANGAN RM 500
Sebuah bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Bantuan Orang Tua (BOT) ATAU bantuan kepada golongan warga emas.
Bermula 2021 lepas, pemberian skim bantuan kewangan ini telah dinaikkan daripada RM 350 sebulan kepada RM 500 sebulan setiap orang untuk membantu warga emas yang memerlukan.
JUMLAH BANTUAN
Bayaran jumlah bantuan ini adalah
- RM 500 sebulan
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan, menjadikan jumlah keseluruhan tahunan bantuan adalah RM 6,000 untuk setiap warga emas yang layak.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Pendapatan semasa isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Individu merupakan warga emas atau orang tua yang berusia 60 tahun dan ke atas
- Warga emas yang tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian atau kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
CARA PERMOHONAN
Sekiranya anda atau ibu bapa anda mempunyai kelayakan untuk menerima bantuan di atas, sila hadir ke mana-mana pejabat atau cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan anda.
Untuk memudahkan urusan kemudian, sila hadir bersama beberapa dokumen seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu bapa atau anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal serumah
- Mana-mana dokumen yang berkaitan