Uncategorized

BANTUAN KEWANGAN ANIS YANG DIBAYAR ONE-OFF

 

Untuk pengetahuan anda terdapat sebuah bantuan yang anda boleh mohon pada tahun ini. Bantuan ini adalah berbentuk kewangan yang akan dibayar secara one-off. Untuk mengetahui info lanjut, sila rujuk maklumat di bawah.

BANTUAN KEWANGAN ANIS

Bantuan tersebut dikenali sebagai ANIS yang bermaksud anak istimewa Selangor. Bantuan ini khusus untuk institusi yang bergerak di negeri Selangor sahaja. Ia merupakan salah satu bantuan daripada kerajaan negeri Selangor melalui Yayasan Wanita Anak Selangor.
Bantuan kewangan secara one-off ini diberikan kepada institusi pendidikan anak istimewa yang menjalankan early intevention program (EIP) untuk anak istimewa di negeri Selangor.

SYARAT KELAYAKAN

  • Terbuka kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan program EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Negeri Selangor.

SENARAI DOKUMEN

  • Borang profil lengkap institusi Pendidikan Anak Istimewa
  • Salinan sijil pendaftaran pertubuhan / sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pendaftar Pertubuhan
  • Senarai nama dan sijil petugas institusi
  • Senaraj nama kanak-kanak, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan / kurang upaya

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman sesawang didik anis https://www.anisselangor.com/bantuananis
  2. Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti di atas
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak proses
  4. Borang permohonan dan dokumen turut boleh dihantar secara fizikal melalui alamat berikut :
PUSAT ANIS, EAST ENTRANCE, LOT G26-28,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun agensi yang membuat permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut bantuan, boleh terus rujuk ke laman sesawang ANIS Selangor atau hubungi talian 03-55453170

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button