Uncategorized

Tun Mahathir Memilih Orang Sabah Berbanding Anwar Ibrahim

Dunia politik tanah air sekali lagi dikejutkan apabila bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai pilihan untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya. Bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saya yang menamakan Shafie (untuk menggantikan saya sebagai calon), tetapi bukan saya sahaja. Yang lain juga memberikan nama beliau.

 Jika anda tidak beri Shafie menang, itu seperti tidak mahu saya menang.

 Saya harap akar umbi (Bersatu) akan memilih Shafie sebagai calon PM mereka. Sekiranya saya tiada lagi, ada orang lain. Saya tidak akan ada selamanya. Lebih baik jika kita tukar (calon PM berikutnya) pada masa ini, supaya kita dapat meneruskan perjuangan kita, saya mahu anda menyokongnya,” kata Dr Mahathir.

Tiada penjelasan sama ada keputusan itu merupakan keputusan Pakatan Plus atau sekadar pilihan Tun Dr Mahathir.

Shafie Apdal bukanlah nama yang asing dalam dunia politik negara. Pengaruhnya yang kuat membolehkan beliau memimpin parti Warisan dan memenangi PRU – 14 yang lalu mengalahkan Barisan Nasional dengan majoriti yang sedikit.

Tetapi adakah beliau mampu untuk memimpin negara jika diberi peluang. Rakyat Sabah dan Sarawak sudah pasti gembira melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir disebabkan sehingga Perdana Menteri kelapan, tiada satu pun yang berasal daripada Borneo.

Kemelut politik yang terjadi di Sabah juga mampu menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Shafie Apdal. Pelbagai juga reaksi negatif yang diterima daripada rakyat menggambarkan ketidakyakinan kepada Datuk Seri Shafie Apdal.

Dunia politik ni sekejap berubah, hari ini Shafie Apdal dicalonkan sebagai Perdana Menteri tidak mustahil esok nama lain pula yang dicadangkan.


Semoga kita terus dapat memilih wakil rakyat yang amanah .1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button