BantuanBantuan Lain

Bantuan Telefon Dan Internet Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

 

Bantuan Telefon Dan Internet Kepada Seluruh Rakyat Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan bantuan peranti mudah alih dan internet untuk Rakyat Malaysia dinamakan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.


TUJUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan ini bertujuan untuk memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos yang murah terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.


PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA


Pakej ini merupakan sebuah pakej prabayar (postpaid) khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Melalui pakej ini, mereka akan menikmati internet dengan bayaran hanya RM 10 sebulan (dibayar RM 30 untuk 3 bulan) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan.

Ditambah lagi dengan 1GB percuma setiap hari selama 3 bulan (90GB) untuk aktiviti produktiviti seharian.

Untuk data 20GB tersebut, mereka boleh menggunakannnya untuk aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video, permainan dalam talian dan aktiviti berbentuk hiburan lainnya.

Manakala untuk data 1GB percuma setiap hari, boleh digunakan untuk aktiviti pembelajaran atas talian serta bekerja dari rumah.

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA


Pakej ini adalah sebuah pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma selama 12 hingga 24 bulan dan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Menerusi pakej ini, pengguna juga akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan dibuka bermula 15 Oktober 2021 sehingga 15 April 2022 depan. Untuk yang belum pernah membuat permohonan, pastikan anda buat permohonan dalam tarikh di atas sahaja.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN


Untuk membuat permohonan, orang ramai perlu berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dengan pelaksanaan kedua-dua pakej ini.

Pengguna yang layak boleh melanggan pakej ini dengan menggunakan kad pengenalan yang sama.

Berikut adalah senarai syarikat komunikasi yg terlibat :

  • Maxis 
  • Digi
  • Celceom
  • TM
  • Umobile
  • YTL

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button