BantuanSTR

STR 2023 Sehingga RM3,100 : Semak Kategori Penerima Disini

Melalui Pembentangan 2023 yang lepas, beberapa perkara telah dibentangkan antaranya yang selalu ditunggu – tunggu dan menjadi tumpuan rakyat iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Dalam penbentangan tersebut, beberapa pembaharuan STR telah dinyatakan termasuklah penambahan bantuan berjumlah RM600 kepada isi rumah B40 yang berkelayakan.

Kategori Penerima STR Sehingga RM3,100

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
  3. KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
    • RM350
  4. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM600
  5. SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
    • RM600
    • Disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas.

Pembaharuan STR 2023

  • Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Permohonan Baharu Telah Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu telahpun dibuka dan tempoh bagi Permohonan Baharu adalah dari 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023.

Oleh itu, bagi anda yang layak tetapi belum memohon anda boleh membuat permohonan sementara tempoh permohonan masih dibuka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button