BantuanBantuan Lain

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM350 Untuk Rakyat Yang Layak

Seperti yang sedia maklum, terdapat bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan iaitu Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang mana akan diberikan kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada belanjawan 2023 yang lepas, katanya Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023

Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya. Seperti yang kita tahu, Kategori Bantuan Khas Aidilfitri ini terbahagi kepada 2 iaitu bantuan akan diberikan kepada Penjawat awam boleh lihat disini, dan juga Pesara Kerajaan yang akan dijelaskan lebih lanjut dibawah.

Jumlah Bantuan Pesara Kerajaan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pesara kerajaan ini adalah sebanyak RM350 kepada setiap penerima yang layak.

Kelayakan

Berikut adalah syarat Kelayakan bagi penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023:

  • Penjawat awam – RM700 Semak disini
  • Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, dan veteran berpencen dan tidak berpencen – RM350

Tarikh Bantuan Disalurkan

Menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak kerajaan, Bantuan ini akan disalurkan dalam bulan April yang akan datang.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button