Bantuan

Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM700

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas sebanyak RM700 kepada penjawat awam yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Bantuan ini diberikan sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam yang telah berkhidmat sehingga kini.

Untuk makluman, bantuan ini hanya memfokuskan dan diberikan kepada penjawat awam sahaja. Ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Jumlah Bantuan

Dinyatakan oleh Perdana Menteri kita sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang akan disalurkan kepada penjawat awam ini berjumlah sebanyak RM700.

Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan penerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri:

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep.

Tarikh Bantuan Disalurkan

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh pihak kerajaan, Bantuan ini akan disalurkan dalam bulan April yang akan datang.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button