Sebuah bantuan berjumlah RM1200 akan disalurkan kepada golongan B40 yang menepati syarat kelayakan iaitu dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah sampai ke Fasa 4.
Kategori Penerima STR 2023
- ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
- WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
- BUJANG ( 21 – 59 TAHUN )
- BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN )
Kategori Yang Layak Menerima RM1200
Bantuan berjumlah RM1200 ini akan disalurkan kepada kategori berikut :
- Kategori isi rumah ( Tiada had umur )
- Berpendapatan RM2500 kebawah
- Isi rumah mempunyai tanggungan 5 orang anak dan keatas
Jumlah Bayaran Mengikut Kategori
Jumlah bayaran yang dinyatakan disini adalah hanya bagi kategori B40 sahaja.
Kategori Isi Rumah B40 (Tiada Had Umur)
- Tiada Anak – RM200
- 1-2 Anak – RM600
- 3-4 Anak – RM900
- 5 Anak Keatas – RM1200
Tarikh Bayaran STR Fasa 4
Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.