Bantuan

BANTUAN PERSEKOLAHAN RM 150 DIBAYAR DALAM MASA TERDEKAT

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah bermula tahun 2012 dan diteruskan sehingga kini. Ia bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh para ibu bapa terutamanya pada awal musim persekolahan yang bakal tiba.

BANTUAN SEPATUTNYA DIBAYAR PADA 12 JANUARI

Menurut artikel Berita Harian pada 22 Disember 2022, peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM 150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan akan disalurkan seawal 12 Januari 2023.

Walau bagaimanapun, 12 Januari kini pembayaran belum dibayar kepada murid dan pihak ibu bapa. Tetapi, dijangkakan bahawa 12 Januari yang dimaksudkan tersebut adalah peruntukan BAP yang dikreditkan ke akaun sekolah.

Manakala, pembayaran daripada pihak sekolah kepada murid / ibu bapa / penjaga bakal dimaklumkan oleh pihak sekolah sendiri.

Marilah sama-sama kita menungggu.

PEMBAYARAN DALAM MASA TERDEKAT

Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dijangkakan bakal dibayar dalam masa terdekat. Ia tergantung dengan tarikh pengumuman pembayaran yang dibuat oleh pihak sekolah masing-masing.

JUMLAH BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Berita baik, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan adalah berjumlah RM 150 dan bakal diberikan kepada SEMUA MURID TANPA MENGIRA PENDAPATAN IBU BAPA

SYARAT KELAYAKAN MINIMA

Pemberian bantuan adalah kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu bapa serta

  • merupakan Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

CARA BAYARAN

Terdapat 2 kaedah bayaran bantuan yang ditetapkan

  1. Secara Tunai
    • Cara bayaran ini adalah yang paling digunakan oleh kebanyakan sekolah. Diberikan melalui sekolah / guru kelas mengikut tarikh yang ditetapkan untuk ibu bapa atau penjaga hadir
  2. Melalui Akaun Bank
    • Dikreditkan ke akaun ibu bapa / murid yang mempunyai akaun bank

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button