BantuanBantuan JKM

Bantuan Sehingga RM500 Sebulan Sekeluarga, Semak Selanjutnya Disini

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini akan diberikan sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum RM500 sebulan sekeluarga mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti yang akan dijelaskan dibawah.

Bantuan ini adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinamakan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Bantuan Anak Pelihara BAP

Bantuan Anak Pelihara ini diberikan kepada anak yatim/yatim piatu atau anak pelihara yang tidak mempunyai saudara mara dengan tujuan untuk,

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  • meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Untuk pengetahuan anda permohonan sekarang masih lagi dibuka untuk mereka yang menepati syarat kelayakan tetapi masih belum membuat permohonan.

Syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Cara Permohonan

Untuk membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

  1. Sila muat turun dan isi dengan lengkap borang-borang berikut.

Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)

Borang Kaji Semula (JKM 20)

2. Bawa borang-borang tersebut yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

3. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari laman rasmi JKM di – https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button