BantuanBantuan Lain

Bantuan Khas Aidilfitri Akan Disalurkan April ini

Bantuan khas ini akan diberikan khusus kepada penjawat awam berjumlah RM700 yang juga dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi. Sehubungan dengan itu, bantuan ini juga adalah sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berkhidmat sehingga kini.

Syarat Kelayakan Penerima

Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep.

Jumlah Bantuan

Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri kita sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri yang akan diberikan kepada penjawat awam adalah berjumkah sebanyak RM700.

Tarikh Bantuan Disalurkan

Pihak kerajaan menyatakan bahawa bantuan ini akan disalurkan dalam bulan April 2023.

Bayaran ini lazimnya dikreditkan bersekali dengan gaji / emolumen pada bulan tersebut. Merujuk kepada Jadual Pembayaran Emolumen bulanan, bayaran gaji akan dibuat pada 17 April 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button