BantuanBantuan Lain

Bantuan Kerajaan Negeri RM1,000 Untuk Pelajar IPT

Bantuan yang dinyatakan dikenali sebagai HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT) yang mana khusus diberikan untuk anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini.

HPIPT

HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT) in merupakan satu inisiatif kerajaan selangor untuk membantu rakyat terutamanya anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada pemohon yang layak menerima dan khususnya untuk keluarga pemohon yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Syarat Kelayakan

Pemohon Hendaklah menepati syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan iaitu,

  • Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin di selangor minimum 11 tahun.
  • Mempunyai sijil pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi HPIPT Selangor seperti yang tertera dibawah.

https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button