Bantuan Lain

Kerajaan Beri Bantuan Berjumlah RM 150 Seorang

 

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan bantuan setiap tahun yang akan diagihkan kepada pelajar yang layak.

Pemberian bantuan ini telah bermula sejak 2021 lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan sejumlah bantuan sekali bayar kepada murid bersekolah rendah dan menengah.

Objektif bantuan ini ialah untuk meringankan beban ibu bapa untuk menanggung perbelanjaan anak-anak yang bersekolah.


JUMLAH BANTUAN

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 telah dinaikkan berbanding tahun-tahun sebelum ini. 

Bantuan BAP 2021 sebelum ini berjumlah 
  • RM 100 seorang
Kini, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 berjumlah
  • RM 150 seorang
  • Pembayaran bantuan adalah sekali bayar sahaja
Dijangkakan pemberian bantuan ini akan dinikmati 3 juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan tarikh rasmi pembayaran BAP 2022, bayaran bantuan akan bermula

17 JANUARI 2022 (ISNIN)

Bayaran bantuan 17 Januari ini layak kepada murid
  • Tahun 2 sehingga Tingkatan 5 (Sesi 2022/2023) dan
  • Tahun 1 sehingga Tingkatan 4 (Sesi 2021/2022)
Manakala, pembayaran lain akan dibayar 

SELEPAS PENDAFTARAN 21 MAC 2022

Bayaran bantuan ini layak kepada
  • Tahun 1 (Sesi 2022/2023)

KAEDAH BAYARAN

Terdapat 2 kaedah bayaran bantuan yang akan dilaksanakan kepada murid iaitu

1. Secara Tunai
  • Dilaksanakan di sekolah mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2. Secara Kredit
  • Pembayaran kepada murid yang mempunyai akaun bank
Menurut KPM, BAP ini akan dapat bantu ibu bapada dan penjaga buat persiapan awal untuk anak-anak mula persekolahan bagi Sesi Akademik 2022/2023.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk pelajar :

  • Pelajar merupakan warganegara Malaysia
  • Pelajar tahun 1 sehingga tingkatan 5
  • Daripada isi rumah berpendapatan sebanyak RM 3,000 dan ke bawah sebulan
  • Pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta kecuali sekolah antarabangsa.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button