Bantuan

Jadual Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Bulan April

 

Setelah tiada pembayaran dilaksanakan pada bulan 3 akibat pelaksanaan i-Sinar Kategori 2 tanpa syarat pada 8 Mac, kini pembayaran i-Sinar Kategori 1 kembali disambung pada bulan April.

Sedia maklum bahawa pemabayaran i-Sinar Kategori 1 telah bermula pada Januari lalu sehingga Februari dimana pembayaran Mac turut dilakukan pada penghujung Februari.

Tetapi kini, pembayaran kembali disambung seperti tarikh sebelum ini.


Pembayaran i-Sinar Kategori 1 April 2021

Pembayaran bagi bulan April i-Sinar untuk Kategori 1 telah bermula pada 1 April 2021. Ya, tarikh pembayaran sama seperti pembayaran bulan terakhir i-Lestari.

Pembayaran ini adalah mengikut kumpulan/batch masing-masing. 

Untuk pengetahuan anda, pembayaran adalah mengikut tarikh pembayaran yang dipaparkan pada i-Akaun anda.

Contoh : 
  • Pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada 1 Jun 2021, ini bermakna pembayaran pada April juga sama iaitu pada 1 April 2021.
  • Tarikh pembayaran adalah berbeza-beza daripada penerima lain. Ada yang menerima awal, ada juga yang menerima lewat sedikit.
  • Pembayaran adalah mengikut kumpulan atau batch, sekiranya anda merupakan penerima batch 1 maka anda akan menerima pembayaran Mac bermula 22 Februari dan seterusnya mengikut batch anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button