BantuanBantuan Lain

Tarikh Rasmi Bayaran Bantuan Kewangan Aidilfitri Disalurkan 17 April Ini

Bantuan ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Untuk makluman, bantuan ini hanya memfokuskan dan diberikan kepada penjawat awam sahaja.

Kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas sebanyak RM700 kepada penjawat awam dan Bantuan RM350 Untuk pesara kerajaan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan dibeerikan kepada 2 kategori penerima adalah seperti berikut ,

  • Penjawat awamRM700.
  • Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, dan veteran berpencen dan tidak berpencen – RM350

Syarat Kelayakan Penerima

Kategori 1 :

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep.

Kategori 2 :

  • Pesara Kerajaan – sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, dan veteran berpencen dan tidak berpencen.

Tarikh Rasmi Bayaran

Untuk pengetahuan anda, tiada permohonan diperlukan dan bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima.

Telah rasmi bahawa bayaran Bantuan Khas Aidilfitri RM700 ini akan dikreditkan pada 17 April 2023 bersama dengan pembayaran gaji bulan april menurut sumber Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 23 Mac 2023.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button