BantuanBantuan LainKerajaan

Bantuan Khas Kewangan Berjumlah RM700 & RM350 : Semak Kelayakan & Tarikh Bayaran

Menurut kenyataan perdana menteri kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Berdasarkan belanjawan 2023 yang baru sahaja dilaksanakan, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Bukan itu sahaja, bantuan khas berjumlah RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan.

Untuk makluman kita semua, Bantuan Khas Aidilfitri ini adalah merupakan penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan berdasarkan bantuan Khas pada tahun 2022 yang mana kadar jumlah telah dinaikkan kepada RM700 berbanding sebelumnya iaitu hanya berjumlah RM500.

Bantuan Khas Untuk Penjawat Awam

Pada umumnya,bantuan ini memfokuskan kepada penjawat awam sahaja bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama berkhidmat untuk negara.

Ini merupakan salah satu keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka dari segi kewangan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Jumlah Bantuan

berikut adalah jumlah bantuan mengikut kategori yang layak

  • Bantuan sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak 
  • Bantuan sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara Kerajaan.

Syarat Kelayakan

seperti yang sedia maklum, bantuan ini adalah untuk penjawat awam sahaja dan kategori yang layak menerima adalah seperti berikut

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep. – RM700
  • Pesara Kerajaan – RM350

Tarikh Bayaran Akan Disalurkan

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 ini akan disalurkan pada bulan April ini kepada mereka yang layak menerima.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button