BantuanSTR

Bantuan Kewangan Untuk Golongan B40 Berjumlah Sehingga RM2500, Semak Sekarang

Terdapat banyak bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan tujuan untuk membantu rakyat menjalani hari – hari mereka.

Antara yang diberikan perhatian adalah terutamanya golongan B40 yang berpendapatan RM2,500 kebawah seperti yang dinyatakan disini adalah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah sehingga RM2,500 untuk keluarga B40.

Bantuan Sehingga RM2500 Untuk Golongan B40

Bantuan ini akan disalurkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diberikan secara berfasa dan jumlah bantuan adalah mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Kategori Penerima STR 2023 Dan Jumlah Bantuan

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
  3. KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
    • RM350
  4. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM600
  5. SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
    • RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas.

Tarikh – Tarikh Bayaran STR 2023

  • STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari lepas
  • STR FASA 2 : Bayaran disalurkan Bermula 5 April 2023 yang lalu dan masih berlanjut secara berperingkat.
  • STR FASA 3 : Bayaran akan disalurkan pada bulan Julai 2023.
  • STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button