BantuanSTR

Isi Rumah B40 Layak Terima STR Sehingga RM2,500

Berdasarkan perkara yang dibentangkan semasa Belanjawan 2023 yang lepas, Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan hingga RM2,500 bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bergantung pada bilangan anak.

Sumbangan tunai ini adalah untuk golongan B40 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana telah dilakukan pembaharuan menerusi Belanjawan 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti yang sedia maklum, STR fasa 1 telahpun disalurkan kepada rakyat sebelum ini dan menurut kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, STR ini akan membantu golongan B40 yang melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Pembaharuan STR 2023

Pembaharuan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut;

  • Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas. Semak Disini

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

  • Sumbangan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun. – Semak Disini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button