Bantuan

Kategori B40 Yang Dinyatakan Akan Menerima Bantuan RM3700

Bantuan ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Kategori Penerima Bantuan RM3700

Peruntukan bantuan STR 2024 meningkat sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringgit Malaysia.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula pada tahun 2024.

Permohonan Baharu STR 2024

Proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu kini dibuka bermula 1 November yang lalu. Tujuan kemaskini adalah untuk perubahan status perkahwinan, bilangan anak, penukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Permohonan baharu ini pula adalah untuk mereka yang belum pernah memohon dan menerima bantuan STR pada sebelum ini.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh melakukan proses kemaskini maklumat atau membuat permohonan baharu di laman rasmi STR berikut :

    https://bantuantunai.hasil.gov.my/

    Related Articles

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Back to top button