BantuanBantuan Lain

Bantuan Kewangan EFS Berjumlah RM 1,000 Untuk Anak Yang Baru Lahir

Untuk pengetahuan tuan dan puan, kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Wanita,  Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah menubuhkan tabung khas untuk anak-anak Sarawak yang dikenali sebagai Bantuan Endowment Fund Sarawak (EFS).

Endowment Fund Sarawak (EFS)

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019 tanpa mengambil kira latar belakang yang berlainan.

Tujuan Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah membantu anak-anak sarawak dari segi kewangan dalam bentuk simpanan sebagai persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi.

lantaran, duit bantuan tersebut hanya boleh dikeluarkan semasa anak anda berumur 18 tahun dan boleh dikeluarkan di mana-mana cawangan bank islam berdekatan dengan hanya membawa kad pengenalan sahaja.

Syarat Permohonan

  1. Mestilah status warganegara Malaysia
  2. Kedua-dua atau salah seorang daripada ibu bapa mestilah pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan ‘iv’.
  3. Pemohon lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  4. Tempoh permohonan adalah sehingga 1 tahun daripada tarikh kelahiran bayi.

Syarat Bagi Kategori Anak Angkat

  1. Mempunyai sijil anak angkat yang sah
  2. Kedua-dua atau salah satu dari ibu bapa adalah pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan oleh Endowment Fund Sarawak (EFS) adalah sebanyak RM1,000.

Dokumen-Dokumen sokongan Yang Diperlukan

setiap permohonan haruslah dilengkapi dengan dokumen berikut :

  1. Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
  2.  Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN.
  3. Borang permohonan EFS yang lengkap diisi.

Cara-Cara Permohonan

Berikutan permohonan secara dalam talian masih dalam proses pembangunan, setakat ini permohonan hanya boleh dibuat secara manual sahaja.

Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di negeri Sarawak dengan membawa dokumen berikut :

  • BORANG PERMOHONAN EFS – MUAT TURUN BORANG DAN ISI DENGAN LENGKAP
  • Salinan sijil kelahiran bayi
  • Salinan Kad Pengenalan/Biometrik ibu atau bapa kandung/angkat berstatus “K”.

Note: SALINAN MESTILAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI JPN.

Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan:

  1. Hantar borang yang siap diisi dengan menyertakan sekali dokumen sokongan seperti dinyatakan.
  2. Borang pendaftaran pemohon akan dihantar ke bank islam oleh pihak JPN.
  3. Makluman pendaftaran akan dihantar ke alamat pemohon.
  4. Permohonan akan diproses sekurang-kurangnya dalam 14 hari waktu bekerja.
  5. Sijl asal boleh dituntut di Bank Islam atau di cawangan yang dilampirkan surat pemakluman tersebut

Untuk makluman, bagi pemohon yang berada diluar Sarawak boleh mengirimkan dokumen berkenaan ke alamat JPN Negeri Sarawak.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus melayari portal rasmi Kementerian Wanita,  Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti di https://isarawakcare.sarawak.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button