Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu bentuk bantuan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap rakyat yang sering diambil perhatian oleh rakyat malaysia sendiri untuk membantu menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka.
Oleh itu, dijelaskan disini tarikh bayaran STR bermula dari Fasa 1 sehingga Fasa 4 untuk tahun ini.
Kategori Penerima STR
- KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
- RM1,000 hingga RM2,500 bergantung bilangan tanggungan
- KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
- RM500 hingga RM1,250 bergantung bilangan tanggungan
- KATEGORI BUJANG 21 – 59 TAHUN
- RM350
- WARGA EMAS SEBATANG KARA
- RM600
- SUMBANGAN TAMBAHAN ISI RUMAH B40
- RM600 akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bagi makanan asas.
Tarikh Bayaran STR
- STR FASA 1 : Bayaran telah selesai disalurkan pada bulan Januari lepas
- STR FASA 2 : Bayaran disalurkan Bermula 5 April 2023 yang lalu dan masih berlanjut secara berperingkat.
- STR FASA 3 : Bayaran akan disalurkan pada bulan Julai 2023.
- STR FASA 4 : Bayaran akan disalurkan pada bulan November 2023.
Pembaharuan STR 2023
- Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
- Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/