BantuanBantuan JKMBantuan Lain

Bantuan Khas Kewangan JKM Berjumlah RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinamakan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Tujuan Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan ini diberikan untuk,

  • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
  • Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
  • Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat Kelayakan

Bantuan ini akan diberikan kepada,

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Permohonan Masih Dibuka

Untuk pengetahuan anda, bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka. oleh itu, kepada sesiapa yang menepati syarat kelayakan digalakkan untuk memohon bantuan ini.

Maklumat Lanjut

Anda boleh melayari laman rasmi JKM yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut dan membuat permohonan atas talian.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button