BantuanBantuan LainSTR

Terkini Bantuan E-Wallet 2023 : E-Tunai Belia Rahmah RM200 Untuk Belia

Sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk bantuan E-Wallet ini yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun.

Bantuan ini adalah untuk membantu golongan belia dan membantu pemulihan perniagaan serta menggalakkan transaksi tunai.

E-Tunai Belia Rahmah

E-Tunai Belia Rahmah ini merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan belia di negara kita yang mana telah dibentangkan semasa Belanjawan 2023 yang lepas.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini bantuan ini dinamakan e-Belia (2021) dan e-Pemula (2022).

Jumlah Bantuan E-Tunai Rahmah

Jumlah bantuan yang dinyatakan adalah sebanyak RM200. Jumlah ini telah ditambah berbanding program e-pemula tahun lepas iaitu RM150.

Syarat Kelayakan Penerima

Bantuan ini layak diberikan kepada:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun.
  3. Turut diberikan kepada mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Bantuan e-tunai Rahmah ini telah diperluaskan kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berumur 18-20 tahun.

Tarikh Terkini Bantuan Disalurkan

Pemberian bantuan e-Tunai Rahmah sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan JUN 2023.

Maklumat Lanjut

untuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari lama rasmi Belanjawan 2023 pada pautan yang tertera di bawah.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button