Bantuan

Permohonan Bantuan Barang Dapur RM 300 Sebulan 2023

Terdapat sebuah bantuan yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM 300 sebulan untuk rakyat. Untuk ketahui maklumat lanjut, sila semak maklumat di bawah.

BANTUAN BARANG DAPUR RM 300

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barang dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor sejak 2021 lagi dan pelaksanaan bermula pada tahun 2022.

Bantuan barang dapur ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluarga dengan pemberian bantuan bulanan pembelian barangan keperluan asas RM 300.

TUJUAN BANTUAN BARANG DAPUR

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini dilancarkan untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

JUMLAH BANTUAN

Bantuan barang dapur ini berikan sebanyak RM 3,600 setahun dengan bayaran setiap bulan RM 300 untuk setiap keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  3. Pemilih berdaftar di Selangor
  4. Mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan isi rumah setiap bulan adalah RM 3,000 ke bawah

PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR

Permohonan boleh dibuat melalui pautan rasmi BINGKAS Selangor

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BINGKAS yang dinyatakan di atas.

Related Articles

One Comment

  1. Saya memohon bantuan barang dapur @Bingkas
    Kerana saya tiada pekerjaan tiada pendapatan
    Mohon kerjasama tuan
    Bantu saya .
    630807085399
    B1-13 Blok B jalan sp 2/8
    Taman subang perdana
    40150 shah alam selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button