Bantuan LainBKMbtr

BTR 2023 – TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN

 

BTR 2023 - TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN

BTR 2023 – TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN. Berita baik kepada rakyat Malaysia, pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diawalkan untuk membantu rakyat ketika berada dalam musim tengkujuh. 

BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara berperingkat. Ia merupakan bantuan yang sama dengan BR1M, BSH, BPR dan BKM tetapi dengan jumlah bantuan yang berbeza-beza.
Menurut Perdana Menteri, bantuan ini merupakan inisiatif yang diteruskan daripada kerajaan terdahulu atau lebih dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

PEMBAYARAN BTR DIAWALKAN UNTUK BANTU RAKYAT

Menurut Perdana Menteri, bantuan tunai rakyat 2023 tersebut bakal memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini merupakan bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan lalu yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tetapi hanya nama sahaja yang berubah.
Selalunya pembayaran bantuan fasa 1 adalah pada bulan Mac setiap tahun, walau bagaimanapun dengan mengambil kira keperluan musim tengkujuh, Kerajaan bersetuju untuk menyegerakan pembayaran bantuan iaitu pada Januari 2023 kelak.

JUMLAH BTR 2023

Setakat ini hanya jumlah pembayaran fasa pertama (Januari 2023) sahaja diumumkan oleh pihak kerajaan iaitu
1. Isi Rumah – RM 300
2. Bujang – RM 100

SYARAT KELAYAKAN

Disebabkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan yang diteruskan oleh kerajaan lalu iaitu (BKM), berkemungkinan besar syarat kelayakan adalah sama ataupun lebih kurang sahaja.

TARIKH BAYARAN

Tiada tarikh bayaran diumumkan setakat ini. Tetapi apa yang pasti adalah pembayaran diawalkan daripada Mac kepada Januari 2023 ini.

CARA BAYARAN

Sekiranya tiada perubahan mendadak, dijangkakan pembayaran adalah secara automatik ke akaun bank dan penebusan melalui kaunter BSN bagi yang tiada kad bank.
Manakala data penerima pula adalah berdasarkan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM).

PERMOHONAN BAHARU

Disebabkan perkara ini baru sahaja diumumkan, dijangkakan permohonan baharu turut bakal dibuka pada awal 2023 kelak bagi pemohon yang tidak pernah atau gagal menerima BKM 2022 lalu.
Sebarang informasi terkini bakal di kemas kini.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button