Bantuan

Bantuan Kanak-Kanak RM 150-RM 200 Seorang

 

Bermula pada tahun 2021, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dinaikkan mengikut jenis bantuan. Perkara ini telah diumumkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2021 pada November lalu.

Salah satu bantuan yang akan dinaikkan jumlah bantuannya ialah :

Bantuan Kanak-Kanak

Anda boleh bandingkan antara jumlah bantuan lama dan yang terbaru dibawah 

Jumlah bantuan lama : 
  • Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.
  • Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah bantuan baharu (2021)

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

Syarat Kelayakan


Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan :
  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia
  • Keluarga atau penjaga kepada anak berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah atau PGK Purata Miskin Per Kapita
  • Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun
  • Bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas atau mana-mana kes yang boleh dipertimbangkan.
Cara Membuat Permohonan


Cara permohonan mudah sahaja, anda boleh ikut langkah-langkah dibawah (sila baca dengan teliti) :

LANGKAH 1 (ATAS TALIAN)
  • Layari laman web rasmi JKM : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian.
  • Sila baca dan fahamkan notis dan butiran yang perlu diisi.
  • Anda perlu isi dua bahagian iaitu A dan B.
  • Setelah anda mengisi kedua-dua bahagian tersebut dengan lengkap dan sahih, anda perlu klik butang ‘Keputusan’.
LANGKAH 2 (PEJABAT JKM)
  • Setelah berjaya langkah 1, anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut kawasan yang anda telah mohon secara online.
  • Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari dari permohonan online dilakukan.
  • Anda juga perlu hadir  bersama borang permohonan yang anda muat turun melalui pautan di bawah :
Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti : 
  1. Salinan MyKad pemohon.
  2. Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  4. Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button