BantuanBantuan LainSTR

Semak Tarikh Bayaran Bantuan RM200 E-Tunai Belia Rahmah 2023 Disini

Untuk pengetahuan anda, sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk bantuan E-Wallet yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berumur 18 hingga 20 tahun.

E-Tunai Belia Rahmah

Bantuan E-Tunai Belia Rahmah ini merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan belia di negara kita yang mana telah dibentangkan semasa Belanjawan 2023 yang lepas.

Sebelum ini, bantuan ini dinamakan e-Belia (2021) dan e-Pemula (2022) dan telah dijenamakan semula kepada bantuan E-Tunai Belia Rahmah.

Jumlah Bayaran

Jumlah bantuan yang dinyatakan adalah sebanyak RM200. Jumlah ini telah ditambah berbanding program e-pemula tahun lepas iaitu RM150.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan E-Tunai Rahmah

  1. Warganegara Malaysia
  2. Golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun.
  3. Turut diberikan kepada mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Tarikh Bantuan Disalurkan

Pemberian bantuan e-Tunai Rahmah sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan JUN 2023.

Maklumat Lanjut

untuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari laman rasmi Belanjawan 2023 pada pautan yang tertera di bawah.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button