BantuanBantuan Lain

Permohonan Dibuka Bagi Bantuan Tunai Bulanan RM500 Sebulan, Semak Lebih Lanjut

Bantuan ini adalah bantuan (BPT) yang juga dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar ini khusus untuk penjaga/keluarga pesakit yang berjumlah RM500 sebulan.

Tujuan Bantuan BPT

Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.

Syarat Kelayakan Bagi Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Jumlah Bantuan

Jumlah yang akan disalurkan bagi bantuan BPT ini adalah sebanyak RM500 sebulan kepada mereka yang layak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di,

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button