BantuanBantuan JKMBantuan Lain

Permohonan Dibuka Bantuan Maksimum Sehingga RM500 Sebulan (BAP)

Untuk makluman anda, bantuan ini adalah dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana khusus diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan.

Oleh itu, sebelum membuat permohonan anda mestilah memastikan dahulu syarat kelayakan untuk menerima bantuan ini.

Bantuan Anak Pelihara BAP

Bantuan Anak Pelihara (BAP) ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

selain itu, BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan BAP

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang berhak dan layak menerima bantuan ini antaranya;

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
    2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Jumlah Bantuan BAP

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari langsung portal rasmi di bawah ini,

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bap.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button