TERKINI : Bantuan Kewangan RM 450 Kepada Rakyat Malaysia
BANTUAN KEWANGAN RM 450
Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah daripada kanak-kanak sehingga orang tua.
JENIS BANTUAN
Bantuan tersebut adalah dikenali sebagai
- Elaun pekerja Orang Kurang Upaya
Tujuan pemberian insentif ini adalah untuk menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
KADAR BANTUAN
Pemberian kadar bantuan adalah seperti berikut :
- RM 450 sebulan untuk OKU yang layak
- Pembayaran akan dilaksanakans setiap bulan
KRITERIA KELAYAKAN
Berikut adalah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan :
- Merupakan Warganegara, tinggal dan bekerja di Malaysia
- Berumur 16 tahun dan ke atas
- Pemegang kad OKU JKM
- Pendapatan bulanan adalah RM 1,500 dan ke bawah atau
- mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.
CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan tersebut boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil lahir anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Sebarang dokumen yang berkaitan
- Borang Permohonan Bantuan JKM 18
- Borang Kaji Semula JKM 20
- Borang Permohonan Pendaftaran OKU Pindaan 2019
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk ke cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan jumlah bantuan adalah RM 450 sebulan