BantuanBantuan JKM

Bantuan Am Persekutuan RM350 sebulan, Semak Sekarang

Untuk makluman tuan puan, sebuah bantuan ang dikenali sebagai Bantuan Am Persekutuan (BA) telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan mealui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan ini berjumlah RM100 dan akan diberikan pada setiap bulan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan.

Bantuan Am Persekutuan (BA)

Bantuan ini bertujuan untuk, membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti bagi individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan ini telah dibuka dan bagi mereka yang berkelayakan dan belum memohon digalakkan untuk membuat permohonan segera.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut,

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Kadar Bayaran

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini adalah minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Note : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ada pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh melayari ke laman rasmi Agensi JKM pada pautan dibawah,

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button