Bantuan

Bantuan Sekolah Untuk Anak-Anak Anda

 

Menteri Kewangan baru sahaja selesai membuat pembentangan Bajet 2022  yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.

Belanjawan kali ini merupakan yang tertinggi dalam sejarah negara iaitu berjumlah RM 332.1 billion untuk usaha semula pemulihan selepas pandemik yang melanda.

Rakyat sangatlah diutamakan oleh kerajaan. Oleh itu, Menteri Kewangan telah mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebagai salah satu bantuan kepada murid-murid yang bakal kembali ke sekolah.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Untuk pengetahuan anda, bermula pada 2012 setiap awal tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan bantuan one-off kepada murid yang bersekolah rendah dan menengah.

Bantuan ini diperkenalkan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan untuk BAP 2022 adalah berbeza dengan sebelum ini. Sukacita diumumkan bahawa, pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan kepada

  • RM 150 setiap murid
  • Pembayaran adalah secara one-off
Berbanding BAP sebelum ini, jumlah bantuan berjumlah RM 100. Kini telah dinaikkan pada pengumuman oleh Menteri Kewangan tadi.

Oleh itu, jika anda memiliki 2 orang anak dan menetapi syarat kelayakan, anak anda atau anda bakal menerima bantuan berjumlah RM 300.


SYARAT KELAYAKAN

Tiada syarat kelayakan dikeluarkan untuk BAP 2022 buat setakat ini. Tetapi jika syarat kelayakan mengikut BAP tahun sebelumnya, berikut ialah kelayakan untuk murid menerima bantuan RM 150
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah haruslah berjumlah RM 3,000 dan ke bawah sahaja mengikut tahun semasa
  • Murid haruslah berwarganegara Malaysia
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Tiada cara permohonan dikeluarkan buat setakat ini. Kemungkinan besar, sekiranya anak anda menerima BAP pada 2021 maka turut dapat pada BAP 2022.

Sebarang info terbaru berkaitan Bantuan Awal Persekolahan bakal dikemaskini dari masa ke masa.

Sumber : kerjasemasa.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button