BantuanKerajaan

Bantuan Tunai Sehingga RM8,000 Dibayar Sekali : Semak Sekarang

Ini adalah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani kehidupan harian.

Kerajaan menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal yang dikenali sebagai skim mySalam.

mySalam

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Perlindungan ini adalah untuk membantu dan memudahkan kehidupan mereka yang menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dengan penyakit yang dihidapi.

Manfaat Yang Diperoleh Melalui mySalam

Antara manfaat yang akan diterima oleh mereka yang layak adalah:

  1. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal
  2. pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Syarat Kelayakan Penerima

  1. Individu berumur antara 18 – 65 tahun dan pasangan.
  2. Individu bujang berumur antara 21 – 65 tahun.
  3. individu OKU berumur antara 18 – 65 tahun.

Senarai Penyakit

Antara penyakit yang layak untuk membuat tuntutan mySalam adalah seperti berikut,

  1. Alzheimer
  2. Kanser
  3. Pembedahan Otak
  4. Koma
  5. AIDS Gejala Penuh
  6. Meningtis Bakteria
  7. Serangan Jantung
  8. Jangkitan HIV
  9. Senarai 45 penyakit kritikal

Semakan Kelayakan

Untuk makluman anda, tiada pendaftaran khusus bagi skim mySalam ini. Hal ini demikian kerana, semakan secara automatik akan dibuat dengan menggunakan data bantuan seperti Penerima BSH/BPR/BKM.

Anda boleh membuat semakan kelayakan di pautan yang tertera – semak kelayakan

Note : Tuntutan untuk manfaat Hospitalisasi atau Penyakit Kritikal dibuka sehingga 30 Jun 2024, dengan syarat tarikh kemasukan ke hospital atau diagnosis penyakit kritikal berlaku semasa tempoh kelayakan (2019 hingga 2023).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button