BantuanSTR

Terkini STR Fasa 3, Semak Tarikh Dan Jumlah Bayaran

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyat dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka salah satunya adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sering diambil perhatian oleh rakyat malaysia.

Beberapa pembaharuan STR telah dinyatakan termasuklah penambahan bantuan berjumlah RM600 kepada isi rumah B40 yang berkelayakan.

Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah disalurkan dan berikut adalah info lebih lanjut berkaitan STR fasa 3 yang akan disalurkan nanti.

Penerima STR Fasa 3

Kepada Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.

Jumlah Bayaran STR fFasa 3 Mengikut Kategori

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000

  • RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan

WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

  • RM200

BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Tarikh bayaran bagi STR Fasa 3 adalah pada bulan Julai 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button