Skip to content

Bantuan Semasa

Portal Info Bantuan 2023

Menu
  • Laman Utama
  • Bantuan Kerajaan
  • STR 2023
  • KWSP
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
Menu
Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri

Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri

Posted on 02/02/2023

Ini adalah artikel mengenai Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri. Sila baca sehingga habis untuk ketahui apakah respon beliau.

Isi Kandungan

  • PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR
  • MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KWSP
  • RESPON PERDANA MENTERI
  • TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM 10,000

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Semua tahu sehingga hari ini, terdapat ramai pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP walaupun secara bersasar diluluskan oleh pihak kerajaan.

Pencarum turut ketahui bahawa disebabkan pengeluaran khas yang lalu menyebabkan baki simpanan turut berkurang. Disebabkan itu, para pencarum mencadangkan untuk pengeluaran secara bersasar sahaja.

MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KWSP

Suara rakyat melalui Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir antara inidividu yang paling kuat bersuara memperjuangkan isi KWSP ini.

Beliau berharap agar Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan tuntutan rakyat tersebut.

Tambah beliau, sekiranya pihak kerajan benarkan pengeluaran khas ini, ia bermaksud kerajaan tidak perlu memberi bantuan yang banyak untuk rakyat. Dalam sudut lain, ia menjimatkan perbelanjaan negara.

Beliau turut menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan nasib rakyat yang sedang dihimpit ini akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

RESPON PERDANA MENTERI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Beliau berkata adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.

Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan mendapati bahawa simpanan golongan terjejas dalam KWSP adalah terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada mereka.

Walaubagaimanapun, respon yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri di atas adalah pada 16 Januari lalu.

TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM 10,000

Ada juga sebilangan pihak yang mengharapkan Pengeluaran KWSP RM 10,000. Antaranya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa pihak kerajaan untuk meluluskan permintaan rakyat iaitu Pengeluaran KWSP RM 10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripadda jumlah tersebut.

Pengeluaran itu adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang dinyatakan oleh Naib Presiden parti tersebut.

KLIK DISINI UNTUK INFO BARU

3 thoughts on “Pengeluaran KWSP 2023 : Ini Jawapan Perdana Menteri”

  1. Liew Yat Wah says:
    02/02/2023 at 4:50 pm

    Saya tidak bekerja lebih kurang 2 bulan sebab mata kanan tidak dapat melihat dengan jelas kata doktor mengalami glaucoma. Tolong bantu saya untuk menampung sara hidup yang makin tinggi. kehidupan kos seharian pun masalah juga.

    Reply
    1. Liew Yat Wah says:
      02/02/2023 at 4:55 pm

      Saya nak mohon kwsp pengeluaran khas untuk RM 10,000. Untuk makluman Februari 2023 mula bayaran bulanan rm1000. Harap permintaan saya dapat di luluskan. Tqvm.

      Reply
  2. Koh says:
    03/02/2023 at 6:48 pm

    Saya dah 3 tahun tak berkerja di suruh berhenti secara sukarela semasa musim pendemik. Tapi sy tak pernah layak apa apa bantuan kerajaan pun. Umur semakin meningkat sekarang dah 52 mana lagi ada syarikat yg mau ambil kerja pernahkah kerajaan pantau berapa ramai yg mengalami kesempitan seperti sy pada masa kini???

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Permohonan Masih Dibuka Bagi Bantuan Bulanan RM500
  • Semak Cara – Cara Membuat Permohonan Baharu STR 2024
  • Golongan B40 Akan Menerima Bantuan RM3700 Tahun Hadapan
  • Kategori Yang Dinyatakan Layak Memohon STR 2024
  • Bantuan Kredit E-Wallet RM100 Kini Boleh Ditebus

Recent Comments

  1. Ashben on Bantuan Kecemasan RM 500
  2. prediksi togel macau on Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hingga RM 30,000
  3. Ommd94c on Bantuan Kecemasan RM 500
  4. Nickben on Bantuan Kecemasan RM 500
  5. Paulben on Bantuan Kecemasan RM 500

Archives

  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • June 2020

Categories

  • Bantuan
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
  • BKM
  • btr
  • Informasi
  • Kerajaan
  • KWSP
  • STR
  • STR
  • Uncategorized
©2023 Bantuan Semasa | Design: Newspaperly WordPress Theme