KWSP

Tiga Pilihan Pengeluaran KWSP Terbaru Selain Pengeluaran Khas Yang Dituntut

Terdapat tiga pilihan selain pengeluaran KWSP secara bersasar yang dicadangkan oleh pakar. Selain daripada pengeluaran khas yang dituntut. Ketahui di bawah

PAKAR SARANKAN TIGA PILIHAN SELAIN PENGELUARAN KWSP

Seorang penganalisis ekonomi dari UniKL Bussiness School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menyarankan tiga pilihan lain selain membenarkan pengeluaran KWSP bagi mengatasi isu kos sara hidup rakyat.

Beliau menyifatkan pengeluaran KWSP walaupun bersasar tetapi tetap berisiko untuk menjejaskan masa depan bakal pesara terutama apabila mempunyai baki simpanan yang sedikit.

PILIHAN PERTAMA

Langkah pertama yang boleh diambil ialah wang simpanan KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk hutang tertunggak.

Menurut beliau, kaedah ini sekurang-kurangnya dapat melaraskan kembali pembayaran atau memulihkan status pencarum. Perkara tersebut boleh dilakukan untuk memberi permulaan baharu pada mereka yang terkesan.

Beliau turut mencadangkan agar diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khusus diamanahkan kepada agensi kerajaan contohnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan mereka yang mempunyai hutang bank untuk penstrukturan semula hutang.

PILIHAN KEDUA

Profesor Aimi Zulhazmi memberi cadangan kedua iaitu untuk mereka yang tiada masalah hutang tetapi mengalami pengurangan pendapatan disebabkan perniagaan merosot, dipotong gaji atau kehilangan tempat bergantung akibat kematian disebabkan Covid-19 atau penyakit berkaitan.

Beliau berkata, pihak kerajaan mungkin boleh tubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai.

Beliau turut menegaskan bahawa penting untuk menjadikan agensi berkenaan berkeupayaan memberi motivasi dan kaunseling dalam membantu memulihkan golongan yang terkesan akibat kegawatan ekonomi.

PILIHAN KETIGA

Pilih ketiga selain Pengeluaran KWSP bersasar adalah penubuhan satu tabungan khas menerusi dana diterima daripada derma dan wakaf yang dikecualikan cukai daripada individu dan korporat.

Kata beliau, penubuhan tabungan khass ini dapat digunakan untuk membantu perbelanjaan pemulihan seperti yang disebutkan.

Sumber : astroawani.com , Sinar Premium

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP dilaksanakan walaupun secara bersasar.

Walaupun ramai pencarum dimana jumlah baki simpanan mereka makin berkurang. Tetapi disebabkan kegawatan ekonomi seperti kos sara hidup yang kian meningkat

Related Articles

2 Comments

  1. Sya seorng Suri rumah..Kami Sangat memerkukan pengeluaran kwsp ini utk membantu perbelanjaan seharian.. Lagi2 kerja suami hanya menjual kereta,memandangkan ekonomi sgt merosot manalah ada byk yg beli kereta dlm keaadaan economi skg ini.Sudah la 5 bulan suami x ada sales,hanya bergantung dgn gaji bulan rm1500.00.Gaji setiap bulan mmg x mencukupi menapung sgala keperluan rumah, mana nak bayar sewa rumah, bayar kereta,hutang bank lagi dan sebagainya.. Harap pihak kwsp dpt mempertimbangkan lagi masalah ini bgi membantu yg memerkukan.. Sekian terima kasih..

  2. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dipercepatkan meluluskan pengeluaran khas KWSP pd kali…kami merayu SGT2 kepd YB PMX. Tak semua rakyat Malaysia yg lahir di Malaysia mendpt bantuan kewangan dr kerajaan contohnya yg berstatus MyKas langsung tak dpt kami berharap pengeluran khas KWSP kali dpt meringankn beban kewangan kami yuran sekolah belum berbayar lagi lain2 sewa rumah yg tertungggak…tlg la luluskn buat kali YB…kami merayu sgt2 dibulan Ramadhan yg penuh dgn keberkatan semoga ada sinar mennti buat kami smua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button