Skip to content

Bantuan Semasa

Portal Info Bantuan 2023

Menu
  • Laman Utama
  • Bantuan Kerajaan
  • STR 2023
  • KWSP
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
Menu

Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP Yang Anda Patut Ambil Tahu

Posted on 20/04/2022

Soalan Lazim Pengeluaran Khas KWSP Yang Anda Patut Ambil Tahu

Pengeluaran Khas KWSP akan mula dibayar pada 18 April ini. Berikut adalah soalan lazim Pengeluaran Khas KWSP.

SOALAN LAZIM PENGELUARAN KHAS KWSP

1. Mengapakah Pengeluaran Khas diperkenalkan ?

Pengeluaran Khas adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.

2. Siapakah Yang Layak Memohon ?

  1. Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

3. Bolehkah ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar membuat Pengeluaran Khas ?

Ya, ahli yang telah memohon i-Lestari, i-Sinar dan/atau i-Citra sebelum ini layak memohon Pengeluaran Khas, tertakluk kepada baki Akaun 1 dan Akaun 2, dan amaun kelayakan.

4. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon Pengeluaran Khas ?

Anggota perkhidmatan awam boleh memohon Pengeluaran Khas. Walau bagaimanapun, mereka berisiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kelak.

5. Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan ?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000.
  2. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50.
  3. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  4. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

6. Bagaimanakah penggunaan simpanan Akaun 1 dan 2 bagi Pengeluaran Khas

Bayaran Pengeluaran Khas akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

  • Ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Ahli tidak layak kerana ahli perlu mengekalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 serta baki Akaun 2 kurang daripada RM50.

7. Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM 100 ?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar ahli KWSP dapat mengekalkan status sebagai ahli dan terus menikmati manfaat sebagai ahli KWSP.

8. Bilakah permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat ?

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.

9. Bagaimana cara untuk memohon ?

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

10. Tarikh bayaran Pengeluaran Khas ?

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022 tetapi diawalkan dan bermula pada 18 April.

11. Cara bayaran Pengeluaran Khas ?

Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment).

12. Kaedah pembayaran Pengeluaran Khas ?

Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran Pengeluaran Khas berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa)
  • Akaun bank masih aktif
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:

  1. Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank dan membuat permohonan semula.
  2. Arahan Bayaran hanya dibenarkan untuk ahli yang tidak dapat membuka akaun bank, atau berstatus muflis sahaja.
  3. Pemilihan secara Arahan Bayaran akan menyebabkan bayaran pengeluaran ahli lewat diterima, berbanding kaedah pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  4. Ahli akan dihubungi untuk mengambil Arahan Bayaran di cawangan KWSP.
  5. Arahan Bayaran ini hanya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan RHB Bank.
Sumber dan info lanjut Pengeluaran Khas KWSP : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/faq
KLIK DISINI UNTUK INFO BARU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Terkini : Syarat – Syarat Pengeluaran Khas Sebahagian Simpanan KWSP
  • Semak Kelayakan Penerima Bantuan RM600 Hujung Tahun Ini
  • Permohonan Dibuka Bantuan Berjumlah RM500 Setiap Bulan
  • Bantuan RM300 Setiap Bulan Untuk Rakyat Berkelayakan
  • Senarai Kategori Penerima STR Fasa 4 Pada November Ini

Recent Comments

  1. Ashben on Bantuan Kecemasan RM 500
  2. prediksi togel macau on Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hingga RM 30,000
  3. Ommd94c on Bantuan Kecemasan RM 500
  4. Nickben on Bantuan Kecemasan RM 500
  5. Paulben on Bantuan Kecemasan RM 500

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • June 2020

Categories

  • Bantuan
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
  • BKM
  • btr
  • Informasi
  • Kerajaan
  • KWSP
  • STR
  • STR
  • Uncategorized
©2023 Bantuan Semasa | Design: Newspaperly WordPress Theme