btr

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Secara Berperingkat

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 telah dikreditkan secara berperingkat mulai 15 Januari 2023. Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat termasuklah Bantuan Tunai Rakyat.

Progam bantuan ini telah disegerakan dari bulan Mac ke bulan Januari 2023 untuk membantu rakyat yang berkeperluan dan menghadapi musim tengkujuh.

BANTUAN FASA 1 BTR

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 kini diteruskan setelah mendapat persetujuan oleh Perdana Menteri pada pembentangan mini bajet Disember lepas. Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini adalah sebuah bantuan kerajaan yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Pembayaran bantuan ini bakal dikreditkan secara berfasa seperti Bantuan Keluarga Malaysia juga.

KADAR BANTUAN TUNAI FASA 1

Kadar bayaran yang diberikan pada fasa 1 ini melibatkan 2 kategori seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri iaitu isi rumah dan bujang. Kategori isi rumah bakal menikmati bantuan fasa 1 berjumlah RM 300. Sementara itu, untuk golongan bujang yang layak bakal terima bantuan RM 100.

TARIKH PEMBAYARAN

Pembayaran secara tidak rasmi telah bermula pada 15 Januari 2023 seperti yang dimaklumkan oleh para penerima. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada makluman rasmi dikeluarkan oleh pihak kerajaan berhubung pembayaran ini.

BANTUAN SECARA BERPERINGKAT

Sama dengan BKM 2022, pembayaran BTR 2023 Fasa 1 ini turut dilaksanakan secara berperingkat. Pembayaran akan didahulukan kepada pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) kemudian baru dibayar ke bank-bank lainnya.

Diharapkan agar semua bakal penerima bersabar kerana pembayaran bakal dilaksanakan untuk semua penerima yang layak BKM 2022. Untuk pengetahuan anda, pembayaran BTR 2023 adalah menggunakan data BKM 2022.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button