btr

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) FASA 1 INI

Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan mula dikreditkan pada Januari ini setelah diawalkan daripada bulan Mac. Perkara itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari. Pembayaran kali ini adalah untuk kesemua penerima yang layak pada tahun 2022. Berikut adalah artikel mengenai jadual bayaran bantuan tunai rakyat (BTR) fasa 1.

BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan berperingkat kepada rakyat yang layak. Bantuan ini merupakan inisiatif yang diteruskan oleh kerajaan terdahulu dengan perubahan beberapa aspek termasuklah nama bantuan.

Ia merupakan bantuan yang seakan sama dengan BR1M, BSH, BPR dan BKM.

PEMBAYARAN DISEGERAKAN

Umum tahu, pembayaran peringkat pertama dibayar pada bulan Mac. Walau bagaimanapun, kerajaan prihatin dan ambil peduli dengan keperluan rakyat. Lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini. Oleh hal demikian, pembayaran ini disegerakan dan akan dibayar pada Januari ini.

Dijangkakan bantuan tersebut bakal memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan sehingga RM 2 bilion.

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR)

Pembayaran peringkat pertama bakal dikreditkan selewat-lewatnya penghujung Januari ini. Buat masa ini, pengumuman jumlah bantuan hanya untuk pembayaran pertama sahaja.

  • KATEGORI ISI RUMAH – RM 300
  • KATEGORI BUJANG – RM 100

JADUAL BAYARAN

Dijangkakan pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) peringkat pertama ini pada minggu ketiga atau keempat bulan Januari ini. Walau bagaimanapun, sekiranya lebih awal ia lebih baik untuk kepentingan rakyat.

Seperti biasa, pembayaran akan dimulakan kepada pemegang Akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan seterusnya kepada pemegang bank-bank lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button