BantuanBantuan JKM

Bantuan RM300 Seorang Sebulan (BTB), Bagi Yang Layak

Ini adalah satu bantuan yang telah dinyatakan dalam belanjawan 2023 iaitu Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) yang menghukusukan kepada OKU sahaja.

Bantuan ini adalah salah satu bentuk keprihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat yang tidak berkemampuan untuk berkerja atau lebih spesifik lagi iaitu golongan OKU.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Disamping membantu kewangan mereka yang tergolong dalam kalangan BTB ini, tujuan utama bantuan ini dilaksanakan adalah membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan

Pemohon bantuan mestilah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu;

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/pelatih:
    1. Institusi kendalian JKM.
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa.
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang kekeliruan mengenai bantuan ini, anda boleh melayari ke laman rasmi yang tertera di bawah.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/btb.html

Related Articles

One Comment

  1. Blok juwita 02-23, jln astana alam 13/2, astana alam 3, bandar puncak alam,

Leave a Reply to Norsalawatie bte alias Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button