Bantuan yang dinyatakan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang mana merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.
Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.
Kategori Penerima Bantuan RM1000
Kategori yang dinyatakan akan menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM2500 pada tahun hadapan.
KATEGORI ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- TIDAK MEMPUNYAI TANGGUNGAN – RM1000
Kategori Penerima STR 2024
kategori yang layak menerima STR 2024 adalah seperti berikut :
- Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
- Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )
Jumlah Bayaran Keseluruhan Mengikut Kategori
Berikut adalah kadar bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori :
- ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- 5 Anak Keatas – RM2500
- 3 – 4 Anak – RM2000
- 1 – 2 Anak – RM 1500
- Tiada Anak – RM1000
2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000
- 5 Anak Keatas – RM1250
- 3 – 4 Anak – RM1000
- 1 – 2 Anak – RM750
- Tiada Anak – RM500
3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000
- RM600
4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- RM350
Tarikh Bayaran STR 2024
Tarikh bayaran bagi 4 fasa STR 2024 adalah seperti berikut :
- FASA 1 : FEBRUARI 2024
- FASA 2 : APRIL 2024
- FASA 3 : OGOS 2024
- FASA 4 : NOVEMBER 2024