STR

STR Dibayar Sehingga 31 Januari 2023

STR Fasa 1 dibayar sehingga 31 Januari ini. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, sila semak perkara di bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan untuk rakyat yang layak dari segi pendapatan mahupun jumlah tanggungan.

Pembayaran bantuan ini dilaksanakan dalam beberapa dan pembayaran bagi Fasa 1 adalah pada Januari 2023.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban para penerima di samping sebagai bantuan tambahan kewangan rakyat.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 1

Bayaran STR Fasa 1 telah mula secara rasmi pada 17 Januari 2023 lepas. Dijangkakan pembayaran STR ini akan melalui 4 Fasa sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.

Manakala, mengenai jumlah bayaran STR Fasa 1 adalah berjumlah RM 300 bagi golongan isi rumah.

Selain itu, jumlah bantuan bagi bujang dan warga emas tiada pasangan masing-masin terima RM 100. Bayaran bantuan dilakukan secara berperingkat.

DIBAYAR SEHINGGA 31 JANUARI

Pembayaran STR Fasa 1 telah hampir dikreditkan kepada semua penerima. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan penerima yang belum menerima bayaran.

Oleh itu, disebabkan pihak kerajaan tidak mengumumkan tarikh akhir bayaran STR Fasa 1, dijangkakan pembayaran STR Fasa 1 sehingga 31 Januari 2023 ini.

Untuk rakyat masih belum terima STR Fasa 1 pada 31 Januari ini, anda boleh hadirkan diri ke bank yang anda daftarkan untuk bertanya mengenai perkara tersebut.

Selain itu, anda turut boleh hadir ke mana-mana kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk bertanya mengenai bayaran belum masuk ke akaun bank.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1

Berikut adalah kategori penerima STR Fasa 1 :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda yang mempunyai anak dan menetapi syarat
  • Berpendapatan bulanan di antara RM 0 hingga RM 5,000

KATEGORI BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / janda / balu / duda yang tidak mempunyai anak
  • Berumur di antara 21 hingga 59 tahun
  • Pendapatan bulanan di antara RM 0 hingga RM 2,500

*Kategori penerima berdasarkan syarat kelayakan BKM 2022

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button