BantuanSTR

Keluarga B40 Yang Berkelayakan Akan Menerima Bantuan Berjumlah RM600

Selain bantuan STR berfasa yang kita tahu, Bantuan ini juga disalurkan kepada keluarga B40 yang layak dengan jumlah sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah STR.

Disini dijelaskan lebih lanjut megngenai bantuan RM600 untuk keluarga B40 yang layak.

Bantuan RM600 STR

Untuk pengetahuan anda ini adalah salah satu pembaharuan dalam program STR yang telah dibentangkan semasa Bajet 2023 yang lepas. Sumbangan tambahan RM600 ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Pembaharuan STR

  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Jumlah Bayaran STR Bagi Isi Rumah Mengikut Kategori

Isi rumah tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500
  • Bantuan berjumlah sehingga RM2,500 akan diberikan kepada setiap isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Tambahan RM600 STR

Bantuan Tambahan RM600 ini akan diberikan kepada isi rumah yang berikut:

  • Isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari portal rasmi berikut – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button