Bantuan

Bantuan E-Wallet RM200 : Semak Kelayakan Dan Cara Menebus Bantuan

Berdasarkan Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan sebelum ini, pelbagai intipati serta inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dan salah satunya adalah bantuan secara tunai melalui program E-Tunai Belia Rahmah.

Apa yang menarik mengenai bantuan ini adalah, kadar bantuan telah ditambah sebanyak RM200 berbanding tahun sebelum ini iaitu sebanyak RM150 sahaja.

E-Tunai Rahmah

Bantuan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada belia di negara kita dalam meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.

Bantuan ini telah dijenamakan semula dari e-tunai kepada e-tunai Rahmah dan kadar bayaran juga telah ditambah kepada RM200.

Tujuan E-Tunai Rahmah

Selain membantu meringankan beban belia di negara kita, bantuan ini juga bertujuan untuk,

  • Menggalakkan pembelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia.
  • Menggalakkan transaksi secara tanpa tunai oleh perniagaan fizikal.

Syarat Kelayakan

Penerima mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bantuan ini antara syarat tersebut adalah:

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  2. Golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun.
  3. Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas

Kadar Bayaran

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang layak sebanyak RM200.

Cara Penebusan Bantuan E-Wallet

Penebusan boleh dibuat dengan memuat turun mana-mana aplikasi yang menyediakan perkhidmatan e-wallet seperti,

  • BigPay
  • GrabPay
  • ShopeePay
  • Touch ‘n Go eWallet

Anda akan diminta untuk membuat verifikasi kad pengenalan anda terlebih dahulu dan untuk penebusan ia hanya boleh dituntut jika program ini sudah dimulakan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini akan kami kemaskini dari masa ke semasa begitu juga dengan tarikh rasmi bantuan ini akan diberikan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button