BantuanBantuan Lain

Semak Kelayakan Bantuan RM1,000 Untuk Pelajar IPT

Bantuan ini adalah khusus untuk anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini yang dikenali sebagai HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT).

Ini adalah berita baik bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan kerana bantuan berjumlah RM1,000 akan diberikan.

HPIPT

Bantuan yang dikenali sebagai Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan ini;

  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  • Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
    1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    2.  Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    3. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11        tahun dan menetap di Negeri Selangor.
    4. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  • Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS  diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap  4 sahaja.
  • Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  • Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.
  •  Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

Jumlah Bantuan

Jumlah bagi bantuan ini adalah sebanyak RM1,000 kepada mereka yang layak menerimanya.

Maklumat Lanjut

Note : Permohonan Bantuan ini telahpun dibuka.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari langsung laman rasmi HPIPT pada pautan dibawah.

https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button