Bantuan

BANTUAN E-PEMULA 2023 BERJUMLAH RM200 UNTUK RAKYAT

Dalam pembentangan bajet 2023 yang lalu, terdapat banyak bantuan telah diperkenalkan dan bantuan yang sedia ada juga telah ditambah baik.

Antara salah satu bantuan tersebut ialah bantuan e-pemula yang berjumlah RM200 yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia.

BANTUAN E-PEMULA

Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan malaysia untuk membantu rakyat yang akan diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang layak memohon dan diberikan secara kredit ataupun dalam bentuk e-tunai dan tidak boleh dikeluarkan dalam bentuk wang tunai.

bantuan ini juga merupakan persetujuan pihak kerajaan untuk meneruskan bantuan e-tunai sebelum ini.

PENEBUSAN BANTUAN E-PEMULA

Penebusan bantuan e-pemula ini boleh dilakukan melalui aplikasi e-tunai seperti yang tertera dibawah ini dengan memuat turun aplikasi tersebut.

  • BigPay
  • ShopeePay
  • Touch N Go E-Wallet
  • GrabPay

butiran pengesahan kad pengenalan adalah diperlukan dan bantuan hanya boleh di tebus di salah satu aplikasi e-tunai tersebut.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN

berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bantuan ini:

  • Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Diberikan kepada mana-mana pelajar warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah kurang daripada RM 100,000 setahun

JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG DIBERIKAN

Bantuan ini merupakan bantuan yang sedia ada dan telah ditambah baik dengan penambahan amaun iaitu RM200 berbanding sebelum ini yang mana bantuan e-tunai hanya diberikan sebanyak RM150.

Manakala golongan belia M40 akan mendapat jumlah bantuan sebanyak RM100 bagi yang layak menerimanya.

JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN

Bantuan e-pemula ini telah dibentangkan dalam bajet 2023 dan kerajaan masih belum mengumumkan apa-apa lagi berkenaan jadual pembayaran bantuan.

sebarang maklumat terbaru berkaitan bantuan ini akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button