Untuk Pengetahuan anda, bantuan ini akan disalurkan kepada warga emas melalui program Sumbangan Tunai Rahmah STR bagi pembayaran Fasa 3 pada bulan Julai yang akan datang.
Penerima STR Fasa 3
Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.
Jumlah Bantuan Untuk Warga Emas
Untuk Pengetahuan anda, bantuan yang akan disalurkan bagi STR Fasa 3 ini kepada golongan warga emas berumur 60 tahun keatas adalah sebanyak RM200.
Kategori Dan Jumlah Bayaran Penerima STR Fasa 3
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan
ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000
- RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan
WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
- RM200
BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH
- RM150
Tarikh Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan
Setakat ini, pihak kerajaan tidak mengumumkan lagi tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 tetapi dijangka akan disalurkan dalam bulan Julai 2023.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera.